Ahad, 25 Januari 2015

Semoga Berjaya Calon 15/16

Bismillah

Assalamualaikum wbt.

Hari Ahad. Hari yang ceria. Permulaan bagi minggu kuliah. Dan yang istimewanya... YA! Hari pengisytiharan calon yang layak bertanding bagi PRK musim ini. Menurut pemerhatian saya pilihan raya kali ini kelihatan sangat meriah. Haah, serius! Tahun ini sangat ramai calon yang bertanding. Bagi kerusi AMT sahaja seramai 10 orang. Manakala kerusi AMM pula seramai 36 orang!!! Dan kita akan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa pendidik untuk turun mengundi pada 28 hb ini.


Sedikit pandangan picisan sempena PRK Musim ini.

Bermula dengan perasaan yang lahir dari hati. Mahu atau tidak, masih berbelah bagi untuk mengambil borang. Ada yang tekad tahun ini nak tak nak, aku nak jadi jugak. Ada yang masih bermonolog, dan tidak kurang juga yang menjadi calon terpaksa. Dan ada yang sudah menanam azam awal.

Kemudian tanya pendapat sahabat terdekat.'Sesuai ke aku?'. 'Layak ke aku?'. 'Kau sokong aku ye nanti". Senyum.

Lalu borang diambil. Terketar ketar dan masih berbelah bagi untuk menandatangani borang. Tulis nama  x pe la sebab kawan tolong isikan. Fuh. Peluh. Bismilah. Lalu terlakar satu bukti untuk aku bertanding.

Dan harinya telah tiba, esok . Hari Manifesto. 'Weh iron kan baju aku weh, aku nak berlatih sat'. "Awak, tudung mana yang sesuai ni?' ' Kak, baju mana yang saya nak pakai esok?' 'Ko ada tie cantik tak? Pinjam'. 'Bang, ada blazer dop? Pinjam boleh? Doakan ore esok deh' Senyum.

Meriah. Gembira. Bahagia melihat telatah sahabat kita. Berusaha untuk kelihatan yakin. :)

Dan hari ini telah tiba. Masing-masing perkenalkan diri dengan gaya tersendiri. Ada yang mencuit hati. Ada yang kata-katanya sentap masuk dalam hati. Ada yang memang WOW! Dan x kurang juga yang bersahaja.

Melihat satu persatu mereka yang berada di atas pentas. Kadang-kadang diri tidak mengenali mereka namun pada hari ini mereka adalah insan-insan yang berani untuk melakar nama. Masih dalam tapisan la tapi. Dalam hati , titipan doa untuk mereka ini, sekiranya mereka terpilih, semoga mereka dapat melaksanakan amanah yang tergalas sebaik mungkin.

Berada dalam JPP bukan hanya menjalankan program-program warisan. Bukan juga hanya untuk bersuka ria. Bukan juga untuk mencipta nama dengan program-program yang gah. Kita perlu sedar amanah yang kita bawa ni bukan hanya untuk dunia. Bukan sekadar untuk diri kita menjadi lebih hebat atau hanya ingin melatih ahli-ahli yang baru. Seorang pemimpin itu akan memimpin apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Rasulullah SAW bersabda : "Setiap dalam kalangan kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya" (H.R Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Insan-insan yang berada di atas pentas punyai niat yang tersendiri kenapa memilih untuk mencalonkan diri atau tercalon sebagai wakil mahasiswa pendidik. Ya, Allah yang telah memilih kalian untuk berada di tahap itu. Masih ada lagi satu tahap yang terakhir. Tahap tapisan pertama untuk menjadi wakil kami. Dan kemudian akan terus ditapis apabila berada dalam saff kepimpinan yang lengkap nanti.

Apa pun, kami daripada Persatuan Intelektual Mu'allim mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding.



 Pesanan kami kepada semua calon yang bertanding, sama-sama betulkan niat dan matlamat untuk berada di JPP  :) 

0 comments:

Catat Ulasan