Rabu, 25 Februari 2015

Makluman Program

Bismillah

Assalamualaikum



Maaf kerana sudah lama tidak menghapdate blog PIM ini. Masing-masing sedang busy dengan perkara yang datang pada awal tahun. Allah Allah, hakikatnya kesibukan yang melanda bukanlah satu alasan yang kukuh bukan. Maaf dari kami. Sekarang apabila masa berlalu dengan pantas, pejam celik di pagi hari rupa-rupanya dah ke petang.. malam juga semakin terasa singkat. Benarlah kata Hassan Al Banna

Al Wajibaat aksaru min al-auqaat 
 Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa seharian yang kita ada

sekiranya anda seorang yang  merasakan bahawa masih ada masa untuk bergoyang kaki terlalu lama. masih ada masa untuk merasa 'boring' x tahu nak buat apa.. ha... yang tu kena check balik tu. sebab sekarang keadaan umat Islam semakin parah dan memerlukan anda yang berjiwa du'at ini untuk membantu mereka.

Eh.Bantu macam mana?

Ajak dan kenalkan mereka kepada Allah, Rasulullah dan Islam. Ada sesetengah kita yang cakupan mengenai islam itu belum menyeluruh, so kita kena bagtau mereka. its called amar maaruf nahi mungkar.

Baik! dah masuk bulan 2. Bermula dari 4 Februari hingga hari ini 25 Februari. Banyak peristiwa yang sudah berlangsung. Antaranya.

1. Muktamar Persatuan Inteketual Mu'allim
2. Etika Meja Bulat PIM ( untuk pimpinan)
3. Usrah Study Circle setiap minggu

Yang ni yang dalam PIM la. Dan seminggu lagi kita akan bersama menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang anjuran Semester 5. Jadi sekarang musim Sukan!!!

Dalam kesempatan yang ada, kami dalam PIM akan menganjurkan program bagi melatih kemahiran dan kepemimpinan saff pimpinan PIM yang baru sahaja dinaikkan. In shaa Allah pada hujung minggu ini, 27 Februari 2015 akan diadakan satu program Kursus Kepimpinan PIM.

Alhamdulillah. Para saff pimpinan PIM menunjukkan semangat yang sangat cemerlang. Gerak kerja juga semakin aktif dan tangkas. Harapnya boleh kekal istiqomah. :)

Untuk yang bukan pimpinan, nantikan pula 2 Program yang akan berlangsung iaitu Islamic Games dan juga Training of Trainer. Dalam program Islamic Games ini pada 5 dan 6 MAC 2015, kita akan menekankan tentang thaqafah mengenai Islam itu sendiri. Yang rasa mahu luaskan pengetahuannya sambil bersantai dan makan asi krim tepi pantai (eh) dan saling meribat ukhwah yang baru, Jum sertai IG! In shaa Allah, AJK Modul akan usahakan yang terbaik!!

dan Untuk Program Training o Trainer pula, masih dalam perbincangan dan kami membuka peluang kepada sahabat-sahabat yang ingin merasakan berprogram tapi bukan dalam bentuk kemewahan. di sinilah kita akan tengok sejauh mana kita kata kita orang beriman, tapi bila gerak kerja dakwah kita teruji dengan masa, harta, hati dan lain-lain.. sama ada kita akan menyorok di balik selimut dan bermasam muka, atau... anda akan menjadi seorang yang lebih optimis untuk melaksanakan amanah ini. haha.. ada bran?? Nantikan kemunculan Program ini.!

Baiklah. Itu laporan program.

Selamat merancang masa anda. Manfaatkan kehidupan ini untuk Islam. Seeru 'ala barakatillah!

- AMT PIM -

Selasa, 3 Februari 2015

#Roadto AGM

Bismillah

Alhamdulillah. bagaimanakah khabar sang pembaca tegar?
Kami doakan agar kalian semua sihat belake, dijauhkan dari segala penyakit dan dipermudahkan dalam segala urusan. Baiklah. Kali ini kami membawakan satu debaran yang kian terasa..

ANNUAL GRAND MEETING PERSATUAN INTELEKTUAL MU'ALLIM.

Ye, sudah masa untuk pimpinan lama berundur diri bagi menukar fokus kepada sesuatu yang lain dan memberikan peluang kepada saff pimpinan yang baru untuk menaburkan khidmat lebih baik pada masa akan datang. Saya kira semua lajnah dalam PIM sudah pun membuat persiapan terakhir dari segi gerak kerja, protokol, teknikal, persegaran dan sebagainya bagi memastikan AGM kali ini dapat berlangsung dengan baik. In shaa Allah. Masih ada masa untuk membuat persiapan akhir.