" Allah !! Bila la elaun nak masuk ni? "
Seingkali akan disebut nama yang Esa itu.. dan akan lebih kerap di sebut pada awal semester di saat genting kerana .. elaun belum pun masuk lagi. huhu.
Dan saya pasti hati-hati anda akan lebih gusar di saat memikirkan keperluan diri dan juga keluarga yang sedang menanggung adik-beradik yang lain. dan kala ini, kita sangat-sangat memohon bantuan Allah.
memang sikap kita kan, bila susah ingat Allah namun bila senang mudah sangat lupa untuk bersyukur. oopss! mana ada !!! time dapat elaun first2 tu aku dah cakap alhamdulillah!
hoho.. ok lah. tahniah lah sebab mengucapkan alhamdulillah. namun nak tengok keberkatan rezeki kita tu. tengok pada jalan apa kita salurkan rezeki yg ALlah bagi.
hurm..di kesempatan ini lah... saya rasa peluang besar saya nak mengajak semua berkongsi pengalaman seorang rakan.. dan saya rasa saya sendiri perlu membuat perancangan yang hayybaatt... bukan semata untuk masa depan kita semua. tapi untuk masa depan keluarga kita dan juga masa depan perjalanan dakwah kita nanti.
tadi tengah hari, sempat saya bertegur sapa dengan seorang sahabat, dan kami pun plan lunch sama-sama. so as we planned, alhamdulillah kami pun berkongsi cerita tentang kehidupan semasa cuti.. erk! perkara biasa kan kalau musim bukak cuti. eheh.
dan dia pun bukak lah cerita tentang satu program yg dia ikut.. seminar kewangan. daripada seorang al-akh ukm yang akan graduate pada tahun ini. let me introduce him first.
from the story, he's a kind guy, sangat rendah diri. berasal daripada keluarga yang sangat biasa (nak highlightkan x loaded di sini), seorang akh yang fantastic dalam akademiknya dan seorang yg istiqomah dalam gerak kerja dakwahnya. tahu apa?
BE4 dia graduate.. now he own 2 HOUSES!!!. he bought them himself, and saya nak keraskan di sini, dia menggunakan duit yang dia kumpul sendiri.
kacak bergaya bukan?
seorang insan biasa, yang tidak mendapat bantuan ptptn sekali pun, lahir dari keluarga yg biasa. semsetr dia sama je dgn kita, ukm start degree so maybe in 3/4 years. but now dia mampu memiliki sendiri 2 bijik rumah.
ok. saya nak cerita lebih-lebih plak tentang diri dia, kang saya sendiri pulak yang teruja. anyhow, saya nak kongsikan antara beberapa perkara yang dijadikan amalan sehingga dia mampu untuk mencapai kejayaan sebegitu rupa.
1. fisrt thing first, of course kebergantungannya kepada Allah sangat tinggi. bandingkanlah kita, saat kita senang dan saat kita susah.. hamboii.. bukan main lagi berbelanja kan saat dapat duit.
satu hakikat yang anda perlu tahu ialah, kehidupan ini bukan semudah membuka kacang tanah yang kita makan tu. bukan juga semudah menunggang basikal kapcai. dan bukan juga semudah menulis dalam belog tentang kehidupan kita. tapi kehidupan itu sangat payah dan kita akan merasa kemanisannya satu saat nanti, in shaa ALLAH.
eheh. tengok lah pada diri kita, nak apa minta pada mak ayah. kita sedang membesar menjadi seorang manusia. nak tengok nilai yang ada pada diri kita, cuba survive tanpa bantuan mak ayah.
bak kata al-akh yang bergaya itu, "kamu x kan dapat merasakan kemanisan itu sebab ianya bukan daripada hasil titik peluh kamu sendiri. nak carik duit untuk kehidupan sangat payah. memang saya x nafikan, ianya memerlukan pengorbanan". cewah. ada la ala-ala bunyi tu. tapi x lah seratus peratus sama. sorry. eheh.
2. jangan lupakan perkara2 yg kecil oho! benda simple, melepaskan kucing yang tersepit atau terjatuh longkang atau tersepak batu atau terhantuk di dinding. cuba sesekali kita bercakap pada kucing "kucing..kucing..lepas ni berhati-hati lah ye.. " wahai!!! percaya atau tidak, kucing itu adalah makhluk yang bernyawa dan sudah pasti Allah maha Mengetahui. tidak pernah kah terlintas dalam diri anda, kucing itu akan berkata " Ya Allah, dia telah menyelamatkan aku, maka kau permudahkanlah urusannya"
Hatta ikan di laut pun mendoakan dan berzikir untuk orang yang mencari ilmu, apatah lagi seekor makhluk Tuhan yang kita tolong. yet, it just a SMALL thing yang kita terlepas pandang bahawa ada rahmat disebaliknya.
3. Lagi perkara KECIL yang kita terlupa ialah. bertegur sapa. contoh lah. dalam bas City Liner ke. kita as a muslim, kita diajar dengan akhlak yang mulia. kita diajar dengan Allahuakbar, kesopanan. tengok dalam diri kita.. kadang ada je antara kita yang berebut tempat duduk dalam bas dengan PAK CIK!!! Allah. tak senonoh bukan? dan sangatlah tidak matang. cuba kita hormati mereka. kadang setua-tua pakcik itu, dia adalah YB Kampung Pisang. Mana tahu silap haribulan.kerana kita memuliakan dia sahaja, kerana kita bertanya kesihatan pakcik itu sahaja, Allah mengurniakan kita rezeki yang melimpah ruah. tupp tupp! "pak cik nak ambil awak bekerja jadi Manager Syarikat Kerepek Pisang YB, tolonglah terima hadiah pak cik ni ye, nak"
see!
saya bukan nak highlightkan semata tips2 mcm mana nak dapat duit , atau mcm mana nak tambah rezeki. well rezeki ditentukan Allah.. kita berusaha. dan cepat atau lambat sahaja yg Allah akan bagi, berpadanan dengan usaha kita tu.
apa yg saya nak cakapkan ialah. Rahmat Allah itu bukan hanya terletak pada benda2 yang besar dan berat pada manusia contoh hafaz Quran 30 juzuk dalam sebulan, menghadap buku atau kitab 25 jan sehari. oh tidak.
lihatlah pada perkara2 kecil yg kita selalu terlepas pandang. sebab kita tak tahu berapa juta ringgit yang Allah sembunyikan di situ. kalau kita x endah sebab hanya melihat pada perkara2 yg besar, maka melepaslah. jika tidak dalam bentuk jutaan ringgit sekalipun, pahalanya lebih besar, in shaa Allah.
oopss! lupa plak.. jgn lupa menabung, remember, even a small change can make a difference!
selamat berhijrah :)
# saya sangat fed up sebab bila saya taip saving di google yg keluar semua tabung 'uncle john'. kenapa ek?