PIM

Tanggal 28 Jun 2008, Rakan Masjid telah ditubuhkan dan diterajui oleh Saudara Nur Aiman Bin Zainuddin bersama beberapa orang generasi awal yang berusaha untuk mewujudkan bi’ah solehah di IPG KKB. Sememangnya sangat sukar dan mencabar untuk menguruskan satu organisasi dengan jumlah ahli yang sangat terhad. Walau bagaimanapun, kerjasama dan semangat yang utuh daripada setiap individu telah meletakkan Rakan Masjid sebagai satu entiti yang mula memberikan impak di hati warga IPG KKB. Berusaha mengorak langkah sebagai satu medium penyampaian dakwah, Rakan Masjid telah menapak jauh dengan menjalankan pelbagai aktiviti dan program yang mensasarkan kepada seluruh lapisan warga kampus. Kini tanggal 2010, satu penjenamaan semula telah berlaku dan Rakan Masjid telah dikenali sebagai Persatuan Intelektual Mu’allim (PIM). Dengan keahlian yang semakin bertambah, PIM kini telah bergerak aktif dengan penstrukturan organisasi yang lebih mapan dengan pelbagai sistem telah diwujudkan. Selain itu, dengan berpandukan beberapa manual gerak kerja yang dihasilkan, ahli PIM lebih sistematik dan teratur dalam pengurusan dan pembangunan komponen masing-masing. Dalam menjalankan gerak kerja demi menyalakan nur iman di kampus IPG KKB, PIM tidak melupakan tarbiyyah ahli yang menjadi tunjang kekuatan sesebuah organisasi yang berpegang kepada prinsip Islam. Diharapkan, PIM terus maju menapak dengan pemerkasaan organisasi yang lebih mantap disamping menghidupkan suasana tarbiyyah yang lebih hebat dalam kalangan jawatankuasa khasnya dan warga kampus amnya, InsyaAllah.



Persatuan Intelektual Mu'allim merupakan sebuah persatuan yang berada di bawah kelolaan Biro Kelab dan Persatuan, JPP IPG Kampus Kota Bharu. PIM telah ditubuhkan pada tahun 2008, yang mana pada asalnya dinamakan sebagai Rakan Masjid. Bulan berganti tahun, Rakan Masjid menerima pembaharuan dari semasa ke semasa dan akhirnya tertubuhlah PIM.

PIM merupakan salah satu wadah perjuangan Islam di IPG Kampus Kota Bharu. Setiap aktiviti yang diadakan bertujuan untuk menerapkan cara hidup Islam dalam kehidupan guru pelatih di IPG KKB. Di samping itu, PIM juga bertujuan melahirkan kader-kader dakwah yang berkualiti untuk menyebarkan syiar Islam di bumi waqafan ini.

PIM masih lagi menerima pembaharuan-pembaharuan untuk memantapkan penyebaran dakwah di IPG KKB. Bak kata pepatah, baru setahun jagung. Masih belajar untuk berjalan dengan kukuh di bumi Allah ini. Semoga segala apa yang dilakukan mendapat keberkatan Allah.

VISI UTAMA
BIAH SOLEHAH DI IPG KAMPUS KOTA BHARU


VISI 2012
PIM KE ARAH KECEMERLANGAN BERORGANISASI


MISI
Pengukuhan struktur organisasi secara menyeluruh.
Peningkatan gerak kerja dakwah dan tarbiah.
Program yang cemerlang dan mapan.
Ikatan ukhuwah fillah yang utuh.