Ahad, 25 Januari 2015

Semoga Berjaya Calon 15/16

Bismillah

Assalamualaikum wbt.

Hari Ahad. Hari yang ceria. Permulaan bagi minggu kuliah. Dan yang istimewanya... YA! Hari pengisytiharan calon yang layak bertanding bagi PRK musim ini. Menurut pemerhatian saya pilihan raya kali ini kelihatan sangat meriah. Haah, serius! Tahun ini sangat ramai calon yang bertanding. Bagi kerusi AMT sahaja seramai 10 orang. Manakala kerusi AMM pula seramai 36 orang!!! Dan kita akan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa pendidik untuk turun mengundi pada 28 hb ini.


Sedikit pandangan picisan sempena PRK Musim ini.

Bermula dengan perasaan yang lahir dari hati. Mahu atau tidak, masih berbelah bagi untuk mengambil borang. Ada yang tekad tahun ini nak tak nak, aku nak jadi jugak. Ada yang masih bermonolog, dan tidak kurang juga yang menjadi calon terpaksa. Dan ada yang sudah menanam azam awal.

Kemudian tanya pendapat sahabat terdekat.'Sesuai ke aku?'. 'Layak ke aku?'. 'Kau sokong aku ye nanti". Senyum.

Lalu borang diambil. Terketar ketar dan masih berbelah bagi untuk menandatangani borang. Tulis nama  x pe la sebab kawan tolong isikan. Fuh. Peluh. Bismilah. Lalu terlakar satu bukti untuk aku bertanding.

Dan harinya telah tiba, esok . Hari Manifesto. 'Weh iron kan baju aku weh, aku nak berlatih sat'. "Awak, tudung mana yang sesuai ni?' ' Kak, baju mana yang saya nak pakai esok?' 'Ko ada tie cantik tak? Pinjam'. 'Bang, ada blazer dop? Pinjam boleh? Doakan ore esok deh' Senyum.

Meriah. Gembira. Bahagia melihat telatah sahabat kita. Berusaha untuk kelihatan yakin. :)

Dan hari ini telah tiba. Masing-masing perkenalkan diri dengan gaya tersendiri. Ada yang mencuit hati. Ada yang kata-katanya sentap masuk dalam hati. Ada yang memang WOW! Dan x kurang juga yang bersahaja.

Melihat satu persatu mereka yang berada di atas pentas. Kadang-kadang diri tidak mengenali mereka namun pada hari ini mereka adalah insan-insan yang berani untuk melakar nama. Masih dalam tapisan la tapi. Dalam hati , titipan doa untuk mereka ini, sekiranya mereka terpilih, semoga mereka dapat melaksanakan amanah yang tergalas sebaik mungkin.

Berada dalam JPP bukan hanya menjalankan program-program warisan. Bukan juga hanya untuk bersuka ria. Bukan juga untuk mencipta nama dengan program-program yang gah. Kita perlu sedar amanah yang kita bawa ni bukan hanya untuk dunia. Bukan sekadar untuk diri kita menjadi lebih hebat atau hanya ingin melatih ahli-ahli yang baru. Seorang pemimpin itu akan memimpin apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Rasulullah SAW bersabda : "Setiap dalam kalangan kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya" (H.R Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Insan-insan yang berada di atas pentas punyai niat yang tersendiri kenapa memilih untuk mencalonkan diri atau tercalon sebagai wakil mahasiswa pendidik. Ya, Allah yang telah memilih kalian untuk berada di tahap itu. Masih ada lagi satu tahap yang terakhir. Tahap tapisan pertama untuk menjadi wakil kami. Dan kemudian akan terus ditapis apabila berada dalam saff kepimpinan yang lengkap nanti.

Apa pun, kami daripada Persatuan Intelektual Mu'allim mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding.



 Pesanan kami kepada semua calon yang bertanding, sama-sama betulkan niat dan matlamat untuk berada di JPP  :) 

Sabtu, 24 Januari 2015

Sesi Back to IPG

Bismillah.

Maklumannn!

PIM telah mengeluarkan kalendar poket yang eksklusif. :) Sapa dah dapat cuba angkat tangan!

Pada 21 Januari yang lepas, Pimpinan PIM telah menjalankan misi Back To IPG, iaitu sesi beramah mesra di kediaman mahasiswa pendidik (asrama) untuk mengedarkan Kalendar PIM 2015. Di samping dapat mengenali lebih rapat mahasiswa pendidik yang tinggal di kediaman kampus, ianya juga dapat mengenalkan PIM kepada mereka.

Ok, so sapa-sapa yang x dapat lagi kalendar PIM 2015 boleh dapatkannya daripada Setiausaha Agung PIM, Syahmi Afif Syahir bin Abdul Rani.





Jum, cepat-cepat dapatkan kalendar poket ini sementara stok masih bau kedai (eh!) ada.



Ahli Majlis Tertinggi | PIM

Malam Anugerah PIM (MAP) 2014

Bismillah.

Baiklah, pada 19 Januari yang lepas PIM telah mengadakan Malam Anugerah PIM atau lebih dikenali sebagai MAP bagi tahun 2014. Erk.. maksudnya MAP ini tahun 2014 punya, tapi atas kekangan tertentu terpaksa di bawa ke tahun 2015. Malam kali ini sangat meriah sebab bermacam-macam ragam yang ada.
(teringat anak En Wan Ghazali) :)

Baiklah pelbagai anugerah telah disampaikan pada malam ini antaranya adalah Anugerah Syabab Mithali, Anugerah Srikandi Solehah, Usrah Aktif, Lajnah Terbaik, Ahli Lajnah paling aktif dan sebagainya. X lupa jugak ada cabutan bertuahh! Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada insan-insan yang berjaya mendapat anugerah pada malam tersebut. Hakikatnya kalau nak dikumpulkan ahli-ahli yang terbaik, bagi kami semua ahli PIM adalah AHLI TERBAIK, dulu kini dan selamanya.. :). Serius x tipu.

Semoga PIM dan ahlinya terus komited untuk membawa biah solehah di dalam kampus ini. X lain x bukan, kita kena jadi hebat bukan untuk diri kita, tapi untuk Islam. Ayuh ahli PIM, JOM jadi lebih HEBAT dan TAWADHUK!










Terima kasih semua!


Ahli Majlis Tertinggi | PIM

Usrah Qudum 2015

Bismillah.

Alhamdulillah. Kita jumpa lagi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Turus Nuqaba teah menjalankan aktiviti wajib mereka iaitu Usrah Qudum atau yang similar dengannya, Usrah Selamat Datang. Eh!

Senyum. Untuk pengetahuan semua, setiap hari AHAD adalah HARI USRAH. Jadi x hairan la kalau tengok ada grup-grup usrah (Study Circle @ SC) di mana-mana. Usrah Qudum ini diadakan bagi mengumpulkan semua grup-grup usrah (SC) yang dijalankan di IPG Kampus Kota Bharu. Yep, x lain x bukan adalah sebagai pembakar semangat kepada semua anak-anak usrah, mak-mak usrah dan bapak-bapak usrah supaya lebih komited dalam pembinaan individu muslim. :)

Tahun ni, kita main belon helium dengan chicken fight,!! (Eh, mcm familiar je game tu)














Teringat kata-kata seorang sahabat. Semppat berbual dengan dia. "Aku rasa macam seronok je kali ini. Suasana sangat touching. Ada game, ada pengisian, ada zikr petang-petang. Dah lama aku x tersentuh macam ni".


Ye,.. saya yang dengar ni pun touching. Semoga ini adalah permulaan yang baik bagi biah solehah tahun ni. Kitakan sama-sama nak kejar redha Allah. Moga bertemu di syurga kelak.




Turus Nuqaba' | PIM


Clean & Clear

Bismillah.

Alhamdulillah hari Jumaat minggu lepas, bersamaan 16 Januari 2015, Persatuan Intelektual Mu'allim telah menganjurkan satu program clean and clear aka gotong royong masjid. Masjid As Solihin kita yang tercinta, tempat kita solat, tempat kita ngaji kitab, tempat kita istirehat, tempat kita berukhwah.. ianya adalah tanggungjawab kita semua untuk menjaganya.

Kami menyeru supaya warga mahasiswa pendidik yang prihatin dapat sama-sama menjaga dan mengimarahkan masjid kita. Jinakkan diri kita dengan masjid. Ikat hati kita supaya mencintai rumah Allah ini. Semoga ada keberkatan di situ.











Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan misi Clean & Clear ini. Semoga beroleh ganjaran yang besar dari Nya.



Lajnah Rakan Masjid | PIM

Ahlan Wa Sahlan 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah bertahun blog PIM dalam pembikinan.. tiba juga pada tahun 2015 untuk kita memulakan langkah yang baru. Pihak kami memohon maaf sekiranya tiada update yang dilakukan selama ini. Baiklah, rasanya masih tidak terlambat lagi untuk kami mengucapkan selamat datang, ahlan wa sahlan dan selamat pulang ke IPG Kota Bharu kepada semua .

Bagi sebuah kisah pasti ada permulaan bukan.Dan tahun ini, masih tidak terlambat untuk kita mencorakkan permulaan bagi kisah 2015 dalam kehidupan masing. Tahun 2014 telah melabuhkan tirai hampir sebulan. Segala apa yang kita lalui tahun2 kebelakangan jadikan sebagai satu semangat dan iktibar. JIka dulu result kita baik, maka tahun ini kita TAMBAH BAIK. Jika sebelum ini kita hanya memerhati, tahun ni kita join masyarakat pula. Jika sebelum ini ibadah kita banyak lompong, tahun ini kita perbaiki lebih baik.

Allah sangat mencintai hamba Nya yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Disebutkan di dalam Al Quran, mereka ini digelar sebagai fastabiqul khairat., (Rujuk Al Baqarah : 148) iaitu orang yang berlumba-lumba membuat kebaikan.



 Sahabat-sahabat.. selamat merancang kehidupan masing-masing. Jangan bertangguh dalam berbuat kebaikan ye! Semoga apa yang dirancang selari dengan perancangan Allah. :)



Done.