Sabtu, 24 Januari 2015

Ahlan Wa Sahlan 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah bertahun blog PIM dalam pembikinan.. tiba juga pada tahun 2015 untuk kita memulakan langkah yang baru. Pihak kami memohon maaf sekiranya tiada update yang dilakukan selama ini. Baiklah, rasanya masih tidak terlambat lagi untuk kami mengucapkan selamat datang, ahlan wa sahlan dan selamat pulang ke IPG Kota Bharu kepada semua .

Bagi sebuah kisah pasti ada permulaan bukan.Dan tahun ini, masih tidak terlambat untuk kita mencorakkan permulaan bagi kisah 2015 dalam kehidupan masing. Tahun 2014 telah melabuhkan tirai hampir sebulan. Segala apa yang kita lalui tahun2 kebelakangan jadikan sebagai satu semangat dan iktibar. JIka dulu result kita baik, maka tahun ini kita TAMBAH BAIK. Jika sebelum ini kita hanya memerhati, tahun ni kita join masyarakat pula. Jika sebelum ini ibadah kita banyak lompong, tahun ini kita perbaiki lebih baik.

Allah sangat mencintai hamba Nya yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Disebutkan di dalam Al Quran, mereka ini digelar sebagai fastabiqul khairat., (Rujuk Al Baqarah : 148) iaitu orang yang berlumba-lumba membuat kebaikan.



 Sahabat-sahabat.. selamat merancang kehidupan masing-masing. Jangan bertangguh dalam berbuat kebaikan ye! Semoga apa yang dirancang selari dengan perancangan Allah. :)



Done.


0 comments:

Catat Ulasan