Khamis, 1 November 2012

how about being professional?


bismillah :)

alhamdulillah.. ok, saya x ada exam hari ni, dan anda yang ada exam, kami doakan semoga Allah permudahkan urusan.

bila bercakap tentang exam, hakikatnya ianya senonim dengan perkataan "stress"

tapi saya tahu, anda semua bukan pesen ustaz ustazah mcm ni, kan?

oops, sebelum itu. ustaz ustazah bukan hanya untuk 'mereka-mereka' yang berada dalam golongan pendidikan Islam sahaja. tapi semua yang bergelar guru adalah ustaz dan ustazah..cuma dalam bahasa arab sahaja. so, boleh kan?

kenapa mesti wujud perkataan stress bila sahaja exam menjelma?
ikhwah/akhawat fillah, bukankah kita percaya bila mana kita berbuat sesuatu kerana Allah, maka ianya dipanggil 'ibadah'? 
lalu, mengapa perlu stress dalam beribadah? ibadah should be the things yg bila kita buat, kita akan rasa Allah itu Maha dekat. dan exam juga merupakan satu ibadah. 
tapi x nafikan.. kita akan berasa tertekan sejenak.. benda tu pun fitrah bukan? cuma saya hendak mengajak saya sendiri dan sahabat2 semua, bila kita  berasa tertekan.. apa yg perlu di recheck semula ialah.....

di sini...
(ambil tangan kanan dan letak di hati)

it is our intention. kalau kita niat nak belajar kerana Allah, there is nothing yg perlu kita bimbangkan. 
jum think twice. nak berwice-wice banyak kalu pun, ok




berbeda bukan cara pemikiran setiap manusia. dan seharusnya bagi anda-anda yang dah lama berkecimpung dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini. seharus-harusnya lah berfikiran lagi matang.

how about being a professional? think BIG. 

even kita bukan dalam fatrah exam sekalipun, memang kita sedang exam punn.

'Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.' - Al-Hajj : 47

Sesetengah ulama' mena'wilkan bahawa sehari di dunia bersamaan dengan seribu tahun di akhirat berdasarkan ayat ini.

Mari kita buat sedikit kira-kira :

1 hari (akhirat) = 1000 tahun (dunia)
Purata tempoh hidup seorang manusia di dunia = 63 tahun
63 tahun (dunia) = approximately 1 jam 30 minit (akhirat)


dude! sila terasa!

see.. 63 tahun di dunia kita ni hanya sama dengan 1 jam 30 minit akhirat sahaja. 
dan kalau kita perasan. 1 jam 30 minit ialah standard exam di dunia.

so. hakikatnya kita memang dalam fatrah exam pun walaupun kita x duduk dekat atas kerusi, bermejakan meja plastik biru yang bercontengan dan bersticker oouh meja pun ada sticker dan ber aircond dan berkipas bukan!

and that's why..

seorang protaz (professional + ustaz).. dia x kan fikir dan stress menyetress hanya untuk dunia. bahkan dunia ini tiada apa pun pada dia. even kalau kita x score sngat pun dalam exam, seorg protaz x gusar pun..

coz kita tahu.. bila mana kita dah buat yg terbaik. dan hasilnya itu, dan kita akan bersyukur. waah..sungguh tenang bukan? *tapi kena usaha dulu lah.

soo.. bila dah berjela ni kadang goreng jugak.

keismpulannya :

dai'e kena tunjukkan qudwah yg terbaik. bila nak exam, dia belajar. sebab dia nak berjaya untk dunia dan akhirat. dia x nak jadikan diri dia fitnah buat dakwah. dia nak buat yg terbaik. setiap kejayaan yg dia miliki hanyalah untuk Allah, Islam, dan of course Dakwah dan Tarbiyyah.

but once dia kurang nak score dalam exam pun, he still tunjukkan qudwah yg terbaik. dia x down mcm org lain. sentiasa bersyukur dan redha atas apa sahaja yg berlaku. dan dia akan membuat peningkatan untuk next exam. sentiasa meningkatkan diri.





# berbeza tau org yg so-called "yakin Allah akan bantu dia" tanpa usaha dengan orang yg tawakal. renungkan.


Bendalah apa PIXLR tu?

Bismillah

 Its such a very long time kita x tambah ilmu apa2 pun kan? no, saya maksudkan, daripada pihak kami sendiri yg tak hapdate blog nih. 

by the way, in sha Allah, we bring u a new thing to learn. maybe ada yg dah tahu n maybe jugak ada yg memang dah pakar kan bab hedit-hedit gambar. 


 dan saya sekrg nak bawakan anda : Pixlr 


 Pixlr ni adalah satu medium untuk hedit gambar jugak. well, kita ada banyak software utk edittg gambar sebenarnya, mcm photoshop, photoscpe, picasa and so on, dan pixlr ni pun salah satunya.


 Pixlr ni lebih kurang instagram, sapa yg ada pintar punya telefon tu, dia tahulah. dan skrg jum kita tengok, apa yg boleh Pixlr ni buat! :)















WAAAHHH! sungguh osem bukan?

dan sekrang semua org boleh buat :)

link ada di sebelah kanan anda belok ke atas dan ke kiri..lepas tu turun bawah.. ha dah jumpa!

Pixlr. cubalah! 

Isnin, 24 September 2012

Cinta High Class

Bismillahirrahmanirrahim Insya Allah, aktivti terdekat yang akan diadakan ialah Muslimat Talk : Cinta High Class yang mengupas tentang isu ikhtilat dan pergaulab dalam kalangan para muslimat. Program ini akan diadakan pada 25 September ini, Selasa pada jam 8.25 malam. Program ini dianjurkan sebagai salah satu wasilah bagi memberi kefahaman kepada para muslimat tentang cara bergaul yang mengikut lunas Islam di sisi syarak. Tetamu jemputan pada kali ini ialah Kak Syairah Ab Rani , yang tidak asing lagi daripada Darul Atiq Consultancy. Kami memohon doa dari kalian semoga program kali ini mampu mengubah persepsi beberapa pihak terhadap pergaulan di sisi Islam. Insya Allah. Selamat berprogram ! :)

Ahad, 16 September 2012

Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku








Rasulullah SAW itu, sentiasa hidup di dalam diri kami, di dalam kehidupan kami. ~ Picture by UmarMita of LangitIlahi.





Maafkan saya kerana masih tidak dapat update Takdir2: Percaya Yang Tidak Sirna.

Agak kesibukan. Lebih-lebih lagi apabila dihimpit isu-isu semasa yang terbaru, menagih diri membuat respon.

Saya perlu mendahulukan cerpen ini,

sebagai response saya kepada filem Innocence Muslim.

Cerpen Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku.

Semoga ada manfaatnya di dalam cerpen ini.

Enjoy!Sumber : Hilal Asyraf







Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ.

Aku menghela nafas. Sebak itu wujud.

Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata.

Aku terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.

Aku lantas melihat semula ke belakang. Kepada susuk tubuh itu yang kini abadi di atas helaian-helaian kertas di dalam kitab-kitab mukhtabar. Berusaha untuk mencari sesuatu.

Buat mereka yang menghina Rasulullah SAW aku itu.

Dan buat mereka yang berakhlak buruk, dalam mempertahankan Rasulullah SAW aku itu.



********



Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.

Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.

Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:

“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”

Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.

Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.

Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?

Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?



*******



Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.

Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.

Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.

Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.

Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.

Mengapa ini tidak pula diceritakan?

Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?



*******



Kelihatan baginda mesra berlumba lari dengan Aisyah yang dicintainya. Kelihatan baginda menyantuni isteri-isteri baginda di rumah. Kepada Hafsah, kepada Ummu Salamah, kepada Zainab binti Jahsy dan lain-lain dari Ummahatul Mukminin, baginda mengasihi semuanya. Bahkan masih memuji dan mengingati isteri pertamanya Khadijah dengan penuh kasih dan cinta.

Seorang yang walaupun sibuk menerima tentangan, peperangan, memberikan penyampaian, keluar memerhatikan sahabat dan rakan, tetap pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak membawa tekanan dan masih ada masa bermesra dengan isteri dan anak-anak baginda, membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga.

Bagindalah juga yang menunjukkan contoh yang cantik kepada isteri-isteri baginda. Kala roti yang dibawa oleh Aisyah terjatuh, baginda adalah yang mengutipnya, meniupnya, dan memakannya. Tiada pembaziran di sisi baginda. Kala Aisyah cemburu kepada madunya Zainab, hingga menampar hidangan yang datang daripadanya, baginda adalah yang tenang dan sekadar lembut mengajak Aisyah mengutipnya semula, meminta Aisyah menghantarkan hidangan balas buat madunya.

Jika benarlah tubuh yang suci itu merupakan seorang yang gila seks, merupakan seorang yang sukakan seks dengan kanak-kanak, melakukan penderaan seksual, maka mengapa isteri-isterinya bahagia dan kemudian menjadi antara paksi penyebaran ajaran yang dibawa oleh baginda?

Baginda adalah yang mengangkat hak para wanita, para isteri, yang selama ini dianggap sekadar tempat melempiaskan nafsu dan melakukan kerja-kerja seperti hamba. Baginda adalah yang memuliakan para wanita dan menghormati baginda. Tiada baginda membentak isterinya kala makanan tiada, tiada pula baginda adalah yang bising kala makanan tidak kena dengan seleranya.

Maka mengapa itu semua tidak diceritakan?

Dan mengapa, dari kalangan ummat baginda, yang mengaku beriman dengan baginda, tidak mencontohi keadilan ini kepada wanita mereka?

Aku tidak berada di sana, tidak wujud kala baginda wujud, namun aku sentiasa tidak pernah gagal merasa hidup dengan kehidupan baginda. Kutekap buku sirah yang berhubung dengan tanganku ke wajah, kalaulah dari tulisan-tulisan itu dapat kuhidu haruman tubuh baginda.

Air mata ini mengalir.



*******



Apakah orang ramai mengenali Abdullah ibn Ubai ibn Salul? Kepala munafiq. Antara yang menyebarkan cerita fitnah akan kecurangan Aisyah RH. Antara yang membuatkan 300 orang dari 1,000 orang tentera Uhud berpatah semula ke Madinah. Antara yang berkata di kalangan orang ramai tanpa segan silu bahawa dia akan menghalau Muhammad keluar dari Madinah.

Hingga Umar RA yang terkenal pantas melindungi baginda ingin memenggal kepala celaka itu. Tetapi apa yang Rasulullah SAW lakukan?

Dihalangnya Umar, dan berkata:

“Apakah engkau ingin nanti manusia berkata, bahawa Muhammad membunuh saudaranya?”

Dan kala Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini mati, baginda dengan penuh kasih, ingin melaksanakan Solat Jenazah kepadanya dan mendoakan kebaikan buatnya. Tetapi Allah SWT sendiri menghalang baginda. Hingga turun ayat:

“Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Surah At-Tawbah ayat 80.

Tetapi kasihnya baginda, baginda berkata: “Maka aku akan memohon ampun buatnya lebih dari 70 kali.”

Dan kemudiannya Allah memberikan penegasan akan maksud ayat tadi:

“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” Surah At-Tawbah ayat 84.

Membuatkan Rasulullah SAW memahami bahawa memang tiada keampunan, buat yang mati tanpa bertaubat dari dosa-dosanya.

Namun kasihnya Rasulullah SAW itu terpancar pada tindakannya ketika itu. Walau Abdullah ibn Ubai Ibn Salul itu kerjanya hanyalah untuk melukakan baginda dari hari ke hari. Dari masa ke masa. Dari waktu ke waktu. Tetapi lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayannya. Berusaha hingga ke akhirnya agar seluruh ummatnya masuk ke dalam syurgaNya.

Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

Mengapa keindahan dan kecantikan sikap ini tidak pula dicontohi oleh mereka yang ingin mempertahankan baginda?

Aku tidak berada di sana. Tetapi kisah-kisah ini hidup bersama diri. Aku sentiasa mencari di mana semua ini dalam kehidupan hari ini, terutama di dalam diri.

Di manakah baginda yang dikatakan kita cinta itu, di dalam kehidupan kita ini?



********



Kala tentera berzirah lengkap itu bergerak dari empat penjuru Makkah, menggegarkan kota suci itu dengan derap kaki dan tunggangan, semua yang wujud di dalam kota itu bergetaran. Bermain semula segala seksaan, hinaan, usaha untuk pembunuhan, kempen untuk peperangan, yang mereka laksanakan ke atas Rasulullah SAW.

Semua masuk ke rumah masing-masing, ada yang bersembunyi di Masjidil Haram, dan Abu Sufyan bersembunyi bersama keluarganya di dalam rumah. Kerana Rasulullah SAW yang mulia itu sebelum datang bersama 10,000 tenteranya, telah mengembalikan Abu Sufyan ke Makkah dengan mesej penuh kemanusiaan:

“Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke rumah masing-masing, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid, dia akan selamat.”

Dan kemudian pecahlah panggilan agar semua berkumpul di sekitar Rasulullah SAW. Ada mata-mata yang sempat melihat bagaimana baginda masuk dengan menungganginya untanya. Tidak pula tubuh mulia itu mendabik dada pada hari dia sepatutnya melaksanakan sedemikian. Bahkan tubuh mulia itu menunduk, hingga kepalanya hampir menyentuh belakang untanya. Mulut terkumat kamit merendahkan diri baginda kepada Yang Esa atas kejayaannya.

Kala seluruh Makkah senyap hendak menerima keputusannya, baginda yang mulia itu bertanya:

“Sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan?”

Berkatalah yang hampir dengan baginda:

“Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka kami yakin engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja.”

Tersenyum baginda ketika itu, dan kemudian baginda yang pernah diseksa, dihina, diusahakan untuk dibunuh oleh penduduk Makkah itu berkata:

“Pada hari ini, aku berkata kepada kalian sebagaimana Yusuf berkata kepada saudara maranya: Pada hari ini tiada cercaan buat kalian, moga-moga Allah mengampuni kalian dan Dia itu adalah Yang Maha Penyayang dari kalangan Penyayang(Surah Yusuf ayat 92)”

Ya. Aku tidak wujud pada hari itu. Tiada di sana ketika itu. Namun aku dapat merasa getaran kasihnya baginda. Bagaimana seorang gila darah dan peperangan boleh melaksanakan tindakan sedemikian rupa? Bagaimana seorang gila seks mampu berakhlak sebegitu rupa?

Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?



*******

Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa menyedari betapa baginda mengasihi akhi-akhi dari kalangan para Nabi. Sering dididik kepada ummat baginda, bahawa Musa itu saudaranya, bahawa Isa itu saudaranya.

Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa pernah ambil peduli betapa baginda sering berpesan kepada tenteranya agar tidak mencantas pokok sesuka hati, agar tidak menganggu orang yang berada di dalam rumah dan rumah-rumah ibadat. Sejarah sendiri mengakui betapa Salahuddin Al-Ayubi adalah bukti kepada indahnya ajaran baginda ini, menakhluk Baitul Maqdis dengan aman menyantuni ahli-ahlinya, sedang penakhluk Baitul Maqdis dari kalangan Tentera Salib menumpahkan darah hingga ke paras lutut kuda.

Kadangkala aku menjadi amat hairan dengan bagaimana mereka mempermainkan susuk tubuh mulia ini. Dikatakan kalau betul lelaki suci ini baik, maka mengapa ummat Islam ada yang melakukan keganasan.

Ya. Aku hairan apabila muslim melakukan kesalahan, yang disalahkannya adalah Islam.

Aku ingin bertanya, akan nuklear yang diturunkan ke Hiroshima dan Nagasaki. Apakah itu ajaran Injil? Apakah agama Kristian bersalah?

Aku ingin bertanya akan pengambilan Palestin dan penubuhan tanah haram Israel, pembunuhan demi pembunuhan di sana, kezaliman demi kezaliman di sana, apakah itu ajaran di dalam Taurat? Apakah boleh aku mahu menghina agama Yahudi akan kesilapan ini?

Islam dipersalahkan atas perlakuan Muslim, maka apakah mereka ini boleh menerima jika aku menyalahkan Kristian atas perbuatan penganutnya, dan Yahudi atas perbuatan penganutnya?

Pastinya atas dasar hak asasi manusia, kamu akan bising dan memarahi aku. Tetapi lihatlah kamu!

Saban waktu tanpa segan mereka menghina Rasulullah SAW, Islam, keEsaan dan keSucian Allah SWT, tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Gila seks, gila darah, itu sahaja tomahan mereka. Tomahan demi tomahan yang tidak langsung dilihat oleh mereka sisi-sisi lain kehidupan baginda.

Bagaimana baginda melayani cucu-cucunya yang bermain di atasnya kala dia sedang solat.

Bagaimana baginda bergurau bermesra dengan perempuan yang lebih tua, bertaraf nenek.

Bagaimana baginda duduk dengan orang-orang miskin sehingga yang datang melihat tidak mampu membezakan baginda dengan mereka.

Bagaimana amanahnya baginda, bagaimana belas kasihannya baginda dalam menjatuhkan hukuman, bagaimana bencinya baginda dengan kezaliman.

Mengapa ini semua tidak diungkit dan diangkat?

Dan yang buat aku lebih hairan, mengapa ini semua tidak dicontohi dengan baik oleh mereka yang mengaku mempertahankan baginda?

********

Aku membuka mata. Keluar dari lautan imbasan. Kuletakkan kitab-kitab yang menceritakan susuk indah itu, dan kuhela nafas.

Rasulullah SAW aku itu, yang mulia dan cantik peribadinya itu, tidak pernah membunuh orang yang tidak sepatutnya dibunuh. Jika ada yang bersalah, maka yang bersalah sahaja menerima hukumnya. Di dalam Islam, tidak diajar bahawa anak mewarisi dosa ibu bapanya, orang lain mewarisi dosa orang lain.

Maka tiada di dalam akhlak Islam, tiba-tiba dibom bangunan, dibunuh orang yang tidak berdosa, atas kesilapan dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain kepada Islam kita.

Namun di sebelah pihak sana, tidakkah intelektual yang dicanangkan wujud pada diri mereka ini tidak terfikir, siapalah yang tidak marah dan terganggu emosinya kala orang yang dikasihinya melebihi diri sendiri dihina?

Justeru, mengapa mula mencari fasal?

Apakah tidak cukup sebelum-sebelum ini segala video yang menghina tatacara kehidupan Islam, Rasulullah SAW, bahkan Allah SWT sendiri dihina dengan rakus? Tidak cukupkah?

Dan kepada saudara maraku, entah aku fikir berapa kali kita menerima provokasi sebegini. Tidak kita belajarkah? Memang mereka sengaja mahu buat kita marah dan kemudian beraksi sebagaimana aksi-aksi yang tidak sepatutnya, agar perjalanan dan perjuangan mereka untuk memburukkan nama Islam menjadi lebih mudah.

Aku sentiasa berfikir bagaimana hendak mengubah suasana ini.

Lantas akhirnya aku tengok diriku.

Hei, kenapa aku masih duduk di sini?

Lantas aku berdiri, bergerak melaksanakan kerja-kerja.

Telefon pintarku kuangkat, Umar Mita sahabat karibku, videografer dan fotografer yang pakar, kudail nombornya.

“Assalamu’alaikum Umar, jom buat video. Nabi kita dihina. Kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”

Kemudian aku buka komputerku, kulihat pada laman sosial yang aku sertai, ternampak Ameen Misran sahabatku, hebat berpuisi di dalam Bahasa Inggeris. Lantas aku hantarkan mesej:

“Ameen, buat satu poem, tunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Ada orang menghina Nabi kita. Mari kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”

Kemudian aku terlihat saudara seIslamku dari eropah telah membuat puisi yang hebat, dengan rasa gembira aku share.

Aku teringat akan sahabatku Uzair yang merupakan seorang pelajar agama yang cerdik, lantas aku hubungi dia: “Uzair, ada orang hina Nabi kita. Tulislah artikel, nota, untuk kita ulas isu ini sebaiknya.”

Aku yang ada kebolehan menulis cerita, menulis sedikit cerita.

Kemudian selesai, aku keluar dari rumah. Menyantuni masyarakatku seperti biasa. Memanggil ahli-ahli usrahku berkumpul, duduk di dalam bulatan bagi membersihkan fikrah kami, kemudian berdiskusi akan hal ini.

“Dakwah itu perlu digencarkan lagi. Sampaikan keindahan Islam, dan membentuk lagi peribadi-peribadi yang indah bagi menjadi duta kepada Islam buat masyarakat. Hingga sampai satu saat kita mampu membina sistem kita sendiri, dan merobohkan sistem yang rosak ini. Mengangkat keadilan dan membasmi kezaliman. Agar lebih ramai lagi mencintai deen ini, Tuhannya, dan Rasulnya.”

Ya. Itu respon aku.

Dan aku berharap nanti, Allah pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.

Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:

“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku.”

Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.

Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyyah?




Aku hidup dibawah bayangan al-quran dan aku dapat merasakan seoalah-olah Allah bercakap kepadaku melalui AQ. Ya..Dia berkata-kata kepadaku, hamba yang kerdil dan amat kecil ini. Manakah penghormatan yang lebih tinggi dari penghormatan ilahi yang amat tinggi ni?~Syed Qutb

Subhanallah. Benar dan benar. Nikmat hidup dibawah bayangan AQ hanya dapat difahami oleh mereka yang turut merasainya. Inilah nikmat yang meluhur,memberkati dan membersihkan usia seseorang. Terusik sangat dengan entri seorang ukhti yang jauh dimata tentang rasa itu. Rasa yang sangat sukar untuk diterjemahkan melalui tulisan. Rasa nikmat dan faham indahnya hidup bertuhankan Dia. Nikmat DnT ini. Nikmat bersama kafilah yang menelusuri jalan cinta para pejuang.Alhamdulillah, Alhamdulillah.

namun benarkah nikmat ini telah yang menjadi titik tolak pandangan Allah kepada hambaNya?benarkah nikmat ini yang menjadi 'indicator' kepada taraf hamba Ilahi?

jom kita baca satu kisah. sharing dari seorang ukhti yang bersama dengan kita yang sedang menelusuri jalan DnT ini.



'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?' Terdiam sebentar anak muda itu.

'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'.

Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu. Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebenar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda. 'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'. Keadaan sepi sebentar. 'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu. 'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah' 'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu. 'Anak-anakku. Apa erti taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'. 'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?' Mereka menggangguk. 'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?' "Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab. 'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'. 'Antum tahu apa tuntutan taqwa?' 'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'. 'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'. 'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'. 'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'. Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?' Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri. 'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'. 'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah.

Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'. 'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'. Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama. Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba. Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya. subhanallah3x sungguh, menjadi peringatan dan meningkatkan kefahaman dalam diri. astagfirullahal azim3x

sumber : Di Bawah Bayangan Tarbiyyah

Sabtu, 15 September 2012

2in1 yang seronok!



Bismillah thumma Alhamdulillah.

Akhirnya, program 2in1 kita pada kali ini selamat berjalan dengan bergaya dan hensemnya. Bermula dari pagi dengan program Kursus Jenzah bersama penceramah jemputan Ustaz Ridzuan dari Bachok, kemudian berpraktikal mengafankan jenazah serta memandikan jenazah. Terima kasih kepada adik junior kita yang sudi menjadi model untuk jenazah kali ini.Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada ustazah yang sudi menjdi tenaga pengajar spontaneously. Kursus ini berlangsung sehingga zuhur dan bersambung pula selepas zuhur dengan kursus sembelihan.

Bagi kursus sembelihan tel;ah diterangkan oleh Ustaz Wali sendiri daripada JAPIM,dan ayah kepada seorang guru pelatih kita, yang menjadi pembekal untuk burung puyuh kali ini. Sebanyak 100 ekor puyuh dan 9 eor ayam kampung telah selamat disembelih.

Sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat semua yang sudi turun padang memeriahkan lagi program PIM kali ini. Semoga Allah membalas jasa antum.









*album lain boleh dilihat pada G+ PIM

Khamis, 13 September 2012

2 in 1 : 2012


Assalamualaikum wbt

Program 2 in 1 kini kembali !!!

Sapa2 yang tidak pernah ada pengalaman menyembelih burung puyuh, jum sama2 kita menyembelih JUMAAT ini, supaya kita bukan sekdar menyembelih, namun tahu bagaimana hendak menyembelih dgn baik dan sah di sisi syarak. Selain itu juga, sapa-sapa yang tidak pernah mengambil tahu atau berminat untuk mengetahui tentang solat jenazah dan bagaimana hendak menguruskan jenazah, mari sama2 kita join program ini. semoga kita dapat ilmu yang bermanfaat.


PENGUMUMAN YG KESEKIAN KALINYA, SEKALI LAGI KU TITIPKAN..
MANA2 YG ADA NIAT NAK TURUT SERTA DALM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DAN SEMBELIHAN YG AKAN DILAKSANAKAN PADA HARI JUMAAT (14/9/2012), BOLEH BAGI NAMA BESERTA BAYARAN SELEWAT2NYA HARI RABU (12/09/2012) KEPADA NAMA YG TERTERA PADA IKLAN DI BAWAH INI BG MEMUDAHKAN PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENEMPAH DAN SEBAGAINYA ..

ANTARA YG MENARIK IALAH :

1-SEBELAH PGNYA IALAH SESI PENGURUSAN JENAZAH SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL.
2-PESERTA DAPAT MERASAI BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURUSKAN JENAZAH SEHINGGA KE LIANG LAHAD.
3-SEBELAH PETANGNYA ADALAH SESI PENYEMBELIHAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL.
4-SETIAP ORANG PESERTA BERPELUANG UNTUK MENYEMBELIH PUYOH.
5-USTAZ YG DIJEMPUT UNTUK PENGURUSAN JENAZAH ADALAH USTAZ DARI PONDOK YG BERPENGALAMAN.
6- SIJIL DAN MAKANAN DI SEDIAKAN.

* AYUH SAMA2 KITA MANFAAT CUTI HUJUNG MINGGU YG SEMENTARA...
*MAUT DATANG TIDAK MENGENAL TEMPAT, MASA DAN KEADAAN, PERSOALANNYA SIAPAKAH YG AKAN MENGURUSKAN JENAZAH TERSEBUT..
JAWAPANNYA TEMUI DALAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DAN SEMBELIHAN 2012...
INSYAALLAH....

Ijtima' Aidilfitri PIM 1433H





Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, baru sebentar tadi IJTIMA' AIDILFITRI PIM berlangsung dgn meriahnya. Walaupun kehadirannya tidak sebanyak mana atas kekangan waktu2 esaimen, namun Allah masih benarkan program ini berjalan dgn baik.

Kami ucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yg terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala keringat yang antum tumpahkan utk majlis ini, semoga Allah yang membalasnya.

Tidak ketinggalan kami ingin ucapakan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat PIM yg sudi menghadirkan diri w/pun sebenarnya mereka sgt sibuk dgn hal-hal lain. Begitu juga kepada wakil2 JPP dan KESAS yg sudi menghadirkan diri.

Dengan itu, salam syawal 1433H kami ucapkan kepada semua warga IPG.

Khamis, 9 Ogos 2012

MPAR 1433 H

BISMILLAH

Alhamdulillah, insya Allah sepanjang minggu ini hingga minggu hadapan, PIM akan mengadakan Malam Pecutan Akhir Ramadan 1433 H, bermula seawal 4.15 pagi hingga 5 pagi. Program ini diadakan sempena meraikan 10 Malam terakhir pada bulan Ramadan, yg mana kita semua maklum bahawa, Malam Lailatul Qadar insya Allah berada dalam lingkungan tempoh masa tersebut. Program ini diadakan untuk memberi semangat kepada kita semua, melihat kesugguhan para guru pelatih untuk mengejar pahala berganda ini. Semoga Allah merahmati kalian. Selamat beribadah dan salam Ramdan Al Mubarak!

Khamis, 19 Julai 2012

Hassan Al Banna

Bismillahirohmanirrohim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pada tahun 1949,12 Februari tarikh yang sama, seorang pejuang Islam, antara tokoh agama yang disegani dan banyak berjasa pada abad ke-20; As-Syahid Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahullah 'Alaihi telah dibunuh. Beliau telah syahid menemui Allah di atas nama jihad dan gerak kerja dakwah islamiyyah.

InsyaAllah, marilah kita sama-sama menghayati wasiat, pegangan serta kata-kata nasihat beliau.

"Jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]


Pegangan serta Wasiat Hassan Al Banna.

Enam pegangan beliau ialah;
1) Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan agama di dalam dirinya.
2) Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3) Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
4) Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkn diri kepada Allah SWT.
5) Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan; kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6) Belajarlah men'fana'kan diri guna kepentingan cita dan agama.

Salam Ramadan 1433 H

Bismillah.

Kami ingin mengucapkan salam Ramadan Al-Mubarak yang ke 1433 H. Tahniah kerana anda dan saya juga masih berkesempatan untuk menghampiri bulan mulia ini. Namun berjaga-jaga! kerana kita tidak tahu adakah sempat untuk menjejak kaki ke bulan ini. Masih ada ada 2 hari lagi plus minus 1 hari je lah kot, dan kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai. Sama-sama kita betulkan niat dan sucikan jiwa untuk memasuki bulan ini, Segala fiil yang perlu diubah, kita take granted dalam bulan mulia ini, semoga keistiqomahan kita untuk berubah diperkenankan. Insya Allah,

Ikhwah wa akhawat yang dirahmati Allah,

di bulan ini juga.. sama2 kita beringat ye.. saudara2 kita diluar sana tidak seuntung kita, di sini kita berbuka dgn pembaziran (fenomenanya) jadi kalau lihat makanan tu, ingat-ingatlah saudara kita di sana.. doakan mereka ya!

Satu Langkah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Akhirnya, setelah mencuri masa, laman rasmi ini sempat dijenguk dan diupdate semula. Semoga Allah perkenankan usaha ini.

Selamat datang ke laman rasmi Persatuan Intelektual Mu'allim. Mulai hari ini, PIM akan menggunakan laman ini untuk meuar-uarkan segala aktiviti yang akan, sedang dan telah diadakan. Selain itu, laman ini juga akan digunakan untuk berkongsi tentang isu-isu semasa saudara kita di pelusuk dunia, insya Allah. Sebarang komen atau pandangan boleh diutarakan dan dihargai.

Ini merupakan salah satu langkah yang diambil untuk menyebarkan dan terus menyebarkan syiar Islam.

Sama-sama kita bergerak menggapai mardhotillah, insya Allah.

Sekian, terima kasih.