Khamis, 19 Julai 2012

Hassan Al Banna

Bismillahirohmanirrohim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pada tahun 1949,12 Februari tarikh yang sama, seorang pejuang Islam, antara tokoh agama yang disegani dan banyak berjasa pada abad ke-20; As-Syahid Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahullah 'Alaihi telah dibunuh. Beliau telah syahid menemui Allah di atas nama jihad dan gerak kerja dakwah islamiyyah.

InsyaAllah, marilah kita sama-sama menghayati wasiat, pegangan serta kata-kata nasihat beliau.

"Jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]


Pegangan serta Wasiat Hassan Al Banna.

Enam pegangan beliau ialah;
1) Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan agama di dalam dirinya.
2) Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3) Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
4) Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkn diri kepada Allah SWT.
5) Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan; kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6) Belajarlah men'fana'kan diri guna kepentingan cita dan agama.

Salam Ramadan 1433 H

Bismillah.

Kami ingin mengucapkan salam Ramadan Al-Mubarak yang ke 1433 H. Tahniah kerana anda dan saya juga masih berkesempatan untuk menghampiri bulan mulia ini. Namun berjaga-jaga! kerana kita tidak tahu adakah sempat untuk menjejak kaki ke bulan ini. Masih ada ada 2 hari lagi plus minus 1 hari je lah kot, dan kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai. Sama-sama kita betulkan niat dan sucikan jiwa untuk memasuki bulan ini, Segala fiil yang perlu diubah, kita take granted dalam bulan mulia ini, semoga keistiqomahan kita untuk berubah diperkenankan. Insya Allah,

Ikhwah wa akhawat yang dirahmati Allah,

di bulan ini juga.. sama2 kita beringat ye.. saudara2 kita diluar sana tidak seuntung kita, di sini kita berbuka dgn pembaziran (fenomenanya) jadi kalau lihat makanan tu, ingat-ingatlah saudara kita di sana.. doakan mereka ya!

Satu Langkah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Akhirnya, setelah mencuri masa, laman rasmi ini sempat dijenguk dan diupdate semula. Semoga Allah perkenankan usaha ini.

Selamat datang ke laman rasmi Persatuan Intelektual Mu'allim. Mulai hari ini, PIM akan menggunakan laman ini untuk meuar-uarkan segala aktiviti yang akan, sedang dan telah diadakan. Selain itu, laman ini juga akan digunakan untuk berkongsi tentang isu-isu semasa saudara kita di pelusuk dunia, insya Allah. Sebarang komen atau pandangan boleh diutarakan dan dihargai.

Ini merupakan salah satu langkah yang diambil untuk menyebarkan dan terus menyebarkan syiar Islam.

Sama-sama kita bergerak menggapai mardhotillah, insya Allah.

Sekian, terima kasih.