Sabtu, 24 Januari 2015

Malam Anugerah PIM (MAP) 2014

Bismillah.

Baiklah, pada 19 Januari yang lepas PIM telah mengadakan Malam Anugerah PIM atau lebih dikenali sebagai MAP bagi tahun 2014. Erk.. maksudnya MAP ini tahun 2014 punya, tapi atas kekangan tertentu terpaksa di bawa ke tahun 2015. Malam kali ini sangat meriah sebab bermacam-macam ragam yang ada.
(teringat anak En Wan Ghazali) :)

Baiklah pelbagai anugerah telah disampaikan pada malam ini antaranya adalah Anugerah Syabab Mithali, Anugerah Srikandi Solehah, Usrah Aktif, Lajnah Terbaik, Ahli Lajnah paling aktif dan sebagainya. X lupa jugak ada cabutan bertuahh! Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada insan-insan yang berjaya mendapat anugerah pada malam tersebut. Hakikatnya kalau nak dikumpulkan ahli-ahli yang terbaik, bagi kami semua ahli PIM adalah AHLI TERBAIK, dulu kini dan selamanya.. :). Serius x tipu.

Semoga PIM dan ahlinya terus komited untuk membawa biah solehah di dalam kampus ini. X lain x bukan, kita kena jadi hebat bukan untuk diri kita, tapi untuk Islam. Ayuh ahli PIM, JOM jadi lebih HEBAT dan TAWADHUK!










Terima kasih semua!


Ahli Majlis Tertinggi | PIM

0 comments:

Catat Ulasan