Bismillah
And after all, alhamdulillah.
It have been a week for the fisrt semester of 2013. Yet, wishing you 'Welcome Back!'
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah
Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah dan selamat datang ke alam ijazah sarjana muda buat adik-adik PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2013. Kita sudah pun maklum bahawa beberapa sistem terlah dinaiktaraf atas beberapa keperluan semasa memandangakan keadaan dunia masa kini.
Sebagai umat Islam, menjadi keutamaan kita untuk melihat sesuatu itu dari perspektif yang positif. Seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Pengarah, kita perlu membuktikan kualiti kita sebagai seorang guru. Sekarang, hakikatnya kita hanyalah dilatih untuk menjadi guru, dan kualiti kita akan terselah apabila kita berada di lapangan sama ada kita layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru.
Menjadi seorang guru bukanlah bekerja untuk 30 hari atau beberapa bulan, bahkan profesion keguruan ini merupakan profesion jangka masa panjang untuk 30 tahun akan datang.
Buat adik2 yang bakal menempuhi alam degree ini, kami mengucapkan selamat datang sekali lagi dan pesanan daripada kami, semoga adik-adik tidak membuangkan masa begitu sahaja. bahagikan masa dengan baik untuk diri, study, dakwah dan keluarga. Kini adik-adik sudahpun menjejak ke alam ini dan teruskan perjuangan!
semoga keredhaan Allah sentiasa bersama kita. Aamiin. :)
Khamis, 3 Januari 2013
Tahniah :)
- Admin -














0 comments:
Catat Ulasan