Selasa, 1 Januari 2013

Syria : Peduli atau tidak?



Bismillah

Pertamanya sebelum memulakan coretan kali ini, admin hendak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke IPG KKB kepada semua guru pelatih. Juga, selamat tahun baru!! Pasti indah bukan berada di saat sesuatu yg baru? Semoga antum mempunyai azam yang baik dan haybaatt sebagai permulaan tahun 2013 ini . # senyum.

Baiklah, kali ini admin hendak berkongsi satu pengalaman sewaktu cuti tempoh hari. Admin pasti ada antara kalian yang mempunyai pengalaman yang sama haybatt bertemu dengan orang2 yang hebat jugak!.

Well, i think, on 18th dis 2012, if i'm not mistaken, ada satu talk khusus mengenai syria. seperti yang kita maklum, hujung tahun lepas, dunia digembar-gemburkan dengan isu kebangkitan umat Islam di Gaza, Palestine. dan ditengah2 crowded itu, pasti ada yang sedikit terlepas tentang keadaan umat Islam di Syria, yang mana hakikat sebenarnya tidak ramai yang tahu.

Talk itu dianjurkan di Dewan Kuliah Utama APIUM, UM KL, dianjurkan oleh Muslim Care Society dan antara panel khas yang hadir adalah Sheikh Dr Mohammed Ali as sabouni dan Sheikh Sameer Saqqa. Moderatornya ialah Ustaz Nazmi sendiri daripada MUslim Care Society.

Allahu Allah, nak ceritanya bagaimana wajah ulama ini sangat2 menyentuh hati, sebaik sahaja Sheikh As Sabouni masuk ke dewan.. ramai antara para hadirin yang menitiskan air mata, Allahuakbar. Betul lah kata ulama, melihat ulama sahaja sudah mendpaat barokahnya. entah mcm mana zouqnya terus masuk ke hati. semoga kita berada bersama orang2 yang kita cintai.

Balik kepada point utama, tentang kebangkitan rakyat di Syria, hakikatnya peristiwa yang berlaku di Syria tidak lah boleh dipandang enteng sama sekali. Diceritakan oleh Sheikh As Sabouni sendiri, pada hari sebelum talk ini, mereka telah pun dahulu berada di Bangi untuk talk yang sama. Dan semasa sesi soal jawab, ada dalam kalangan hadirin merupakan seorang warga Palestine.

Lalu beliau bertanya kepada Sheikh:

"Ya Sheikh, yang mana satu kah yang lebih penting, keadaan di Gaza, atau di Syria:"

Pada awalnya Sheikh berniat hendak mengabaikan sahaja soalan itu, Hal ini kerana, kita bukan hendak memberatkan yang mana, kedua-duanya sama penting, kerana kedua2nya adalah saudara kita. Namun sikap  segolongan kita yang sedikit mengabaikan keadaan di Syria adalah sangat tidak patut. Lalu, soalan itu diabaikan sehinggalah dijawab oleh seorang doktor yang pernah berkhidmat di Palestine sendiri. Ini adalah realiti2 yang perlu kita tahu sebagai umat Islam.

1. Sepanjang hampir 70 tahun umat Islam di Gaza di tindas oleh Zionis, hampir 30-50 ribu umat Islam yang terbunuh. Namun bagaimana kehayybatan Al-Assad ini, hanya dalam tempoh 30 tahun sahaja, jumlah umat Islam yang terbunuh mencecah 600 ribu orang. Semoga Allah menempatkan umat Islam yang syahid di Gaza dan Syria di tempat yang mulai. Allahu Allah.

2. Di Gaza, mereka di perintah oleh Zionis yang berbangsa Yahudi. itu memang dah trantang tang kita tahu, bahawa mereka ialah yang bukan seagama dengan kita. Namun al Assad pula adalah seorang Syiah Nusairiyyah, iaitu Syiah yang tersesat daripada yang memang sesat. Nak katanya memang sangat2 sesat lah.

Kata Sheikh As Sabouni, admin x pasti beliau memetik kata2 siapa, tapi mafhumnya : " Umat Islam yang diperintah oleh Yahudi adlaah lebih rahmat daripada umat Islamyang diperintah oleh Syiah itu."
 Untuk pengetahuan semua, Syiah Nusairiyyah ini adalah Syiah yang sangat kejam.

3. Di Gaza, walaupun di tindas oleh Yahudi, namun umat Islam masih lagi mempunyai back up sokongan iaitu daripada Hamas sendiri. Hamas masih membekalkan makanan, minuman dan bantuan yang lain. Namun bagaimana tragisnya di Syria adalah, Assad yang memang pemerintah yang menjadi harapan Umat ISlam satu masa dulu kini berpaling tadah untuk membunuh semua sunni di Syria.

Tambahan, bagaimana Assad mendapat kuasa memang tidak dinafikan adalah salah satu perancangannya dengan Yahudi. Assad menawarkan kepada Zionis, sekiranya dia diangkat menjadi pemerintah, maka dia akan memberikan Bukit Golan kepada mereka. Maka, Zionis semakin suka kerana Bukit Golan merupakan satu peluang untuk mereka menakluki Palestine dengan lebih mudah. Dan selepas termeterainya perjanjian antara mereka, keadaan menjadi seperti ini.

4. Umat Islam di Syria sudah tidak tahu hendak percaya kepada siapa lagi. Realitinya, hampir 90 peratus rakyat Syria merupakan orang Assad. Hatta di dalam sebuah keluarga sekali pun bukanlah tempat yang selamat untuk mendapatkan perlindungan. Boleh jadi sekiranya suami merupakan seorang sunni, dan isterinya ialah orang Assad, maka jika hari ini mereka berbicara mengenai Assad, esok si suami akan terbunuh. Suami tidak mempercayai Isteri, anak-anak tidak mempercayai ibu bapanya malah adik beradiknya sendiri.

Lihatlah dengan mata hati, mereka tidak langsung merasakan kebahagiaan itu. bagaimana sebuah keluarga yang sepatutnya menjadi institusi umat Islam, kini hanya bisa membicarakan tentang makan anak2, pakaian sekolah, bila nak pergi n balik kampung, dan kewangan. Allahu Rabbi, sedarkah kita?

5. Hanya ada 2 sahaja tempat yang selamat untuk umat Islam yang Sunni, sama ada rumah, atau masjid, hendak ke masjid pelru berlari agar tidak dijumpa oleh tentera al Assad, sekiranya di jumpa di tengah jalan, maka sedialah untuk disembelih. Lebih memeritkan lagi, kala ini Assad membekalkan tenteranya dengan garam. Setiap kali menyembelih umat Islam Sunni, maka mereka akan ditaburi garam hidup2. Allahu Allah.

# tanya pada diri kita bagaimana sakitnya bila mana kita mempunyai ulser yang kecil di mulut lalu dicuci dengan garam?

6. Assad Laknatullah memberi syarat kepada tenteranya,bahawa mereka perlu membunuh umat Islam sekurang-kurangnya 500 orang setiap hari. Semoga Assad dijunam ke neraka dan tidak diangkat langsung.

7. Tentera Zionis yang berada di Penjara Guantanamo, iaitu penjara yang kita sedia maklum bagaimana sangat kejam mereka menyeksa tahanan, hakikatnya mereka belajar daripada Assad sendiri. Assad itu bukanlah seorang doktor mata, tapi dia adalah TRAITOR yang kejam sekejam-kejamnya.

Dan banyak lagi misi2 Assad yang dijalankan seperti membunuh Ulama Sunni dan sebagainya. Kini dengarkan beberapa pengalaman Sheikh As Sabouni sendiri.

Pada suatu hari, beliau sedang berada di sekolah (sebagai tenaga pengajar mungkin), oh ya, satu lagi. Perkara yang haram di lakukan di Syria adalah Solat. Ingatkah kalian bagaimana Assad menggesa seorang sheikh Syria untuk mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan solat? Umat Islam di Syria di haramkan solat. Apalagi tenteranya. Sheikh As Sabouni bersama rakannya masih berada di sekolah waktu itu, dan waktu zuhur telah pun masuk. bagaimana mereka berpecah dua orang menjaga aras bawah, dua orang menjaga tangga, dan selebihnya berada di dalam kelas, mereka mengunci pintu, dan menyusun meja2 untuk menahan pintu tersebut. supaya apabila diserbu tidak dapat dibuka seolah-olah bilik itu terkunci.

Bagaimana Sheikh sendiri bersolat dalam keadaan yang sebegitu rupa. Dan kita, yang masih aman keadaannya, tidak diburu, terbuka hendak solat di mana pun, sehinggakan orang tidak kisah akan kita, namun masih juga tidka menggunakan nikmat yang ada untuk bersolat, bukan? tepuklah iman, jentik sedikit supaya sedar.

Dan turut sama berada di dalam Dewan Kuliah Utama itu, seorang bekas tentera Assad, bagaimana keadaanya ketika hendak solat, terpaksa solat di sebalik ruang lokar almari yang kecil dalam keadaan berdiri. Ada ketikanya bos mereka memang tidak keluar daripada pejabat itu, dan mereka terpaksa solat menggunakan isyarat mata sahaja! Biasanya kita menggunakan isyarat mata apabila koma, dan bersyarat lah katakan. Namun lihat lah mereka, bagaimana seksanya hendak solat.

Allahu Allah. Dan Sheikh sendiri pernah berjumpa dengan seorang rijal. Dan dia berkata dan berpesan kepada kita, ya kita! Umat Islam yang masih tidak membuka mata ini. "Tolonglah, masuk ke Syria walaupun sekali dan lihatlah keadaan kami. Jika tidak mahu menganggap kami sebagai manusia sekalipun, anggaplah kami sebagai binatang!"



Allahu Allah. Lalu, bagaimana perasaan kamu. Belum pernah admin mendengar ada manusia yang rela menganggap dirinya sebagai binatang. Namun rintihan ini bukan daripada siapa2..tapi dari saudara kita sendiri. Sila belah dada kamu dan check semula iman jika tidak mempunyai apa2 rasa pun terhadap saudara kita. Sekiranya perlukan khidmat untuk kaunseling, sila pergi ke Bilik Kaunseling IPG kita, well menggunakan perkhidmatan yang ada.

Dan sama-sama kita doakan. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Umat Islam. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada umat Islam. Semoga Allah hancurkan Assad dan tenteranya. Amin ya Rabb.

# Ustaz Nazmi bertanya kepada Sheikh As Sabouni, setiap kali diziarah untuk melihat keadaan Shekih di biliknya. maka kelihatan Sheikh sentiasa menulis dan sekarang sedang menyiapkan satu buku. Lalu ditanya, "Sheikh, kenapa enta sentiasa menulis?"

Lalu dijawabnya, "Aku menulis sementara menunggu Malaikat mencabut nyawa aku"

Tertusuk hingga ke backbone bukan? Beliau tidak membuang masa sedikitpun. Dan kita? jejak je bilik, rehat. Silalah tanya iman sekali lagi.

Wallahu'Alam.



Admin

0 comments:

Catat Ulasan